Budaya Saling Kunjung-Mengunjungi ialah Budaya yang Mulia
[BUDAYA SALING KUNJUNG-MENGUNJUNG IALAH BUDAYA YANG MULIA]
Di Syawal pastinya nanti akan banyak kegiatan kunjung-mengunjung. Disini ARG menyampaikan kelebihan kegiatan ini disisi Islam. Semoga semuanya menjaga adab dan dapat memanfaatkan kegiatan yang mulia ini ketika bulan syawal.
1. Dalam sahih muslim ada diceritakan kelebihan Saling Berkunjung ke rumah saudara yang amat digalakkan dalam Islam.
عنالنبيصلى الله عليه وسلم: " «أنرجلا زار أخا له ÙÂيقرية أخرى، ÙÂأرصد الله له على مدرجته ملكا قال أينتريد؟ قال: أريد أخا ليÙÂيهذه القرية. قال: هل لك عليه مننعمة تربها؟ قال: لا غير أنيأØÂببته ÙÂيالله، قال: ÙÂإنيرسول الله إليك بأنالله قد Ø£ØÂبك كما Ø£ØÂببته ÙÂيه» ". رواه مسلم.
Imam Muslim dalam kitab Shahih beliau:“Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di sebuah desa yang lain. Di tengah perjalanan, Allah mengutus malaikat-Nya. Ketika berjumpa, malaikat bertanya,
“Mahu kemanakah Anda?â€Â
Orang tersebut menjawab, “Saya mahu mengunjungi saudara di desa ini.â€Â
Malaikat bertanya, “Apakah kau ingin mendapatkan sesuatu keuntungan darinya?â€Â
Ia menjawab, “Tidak. Aku mengunjunginya hanya kerana aku mencintainya kerana Allah.†Malaikat pun berkata, “Sungguh utusan Allah yang diutus padamu memberi khabar untukmu, bahawa Allah telah mencintaimu, sebagaimana kau mencintai saudaramu kerana-Nya.
2. Menurut Imam Mulla Ali Qari, Keterangan makna "saudara" itu boleh bermakna luas mencakup saudara se-Islam, tidak terbatas saudara dalam arti hakiki/saudara kandung saja. Demikian dari kitab Mirqôtul mafâtîh syarh miskâtul mashôbih.
3. Dari Hadis ini, Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim menyimpulkan terdapat keutamaan mengunjungi orang-orang sholeh dan kawan-kawan.
ÙˆÙÂيه ÙÂضيلة زيارة الصالØÂينوالأصØÂاب.
4. Di hari raya ini ambillah peluang berkunjung ke rumah saudara-saudara kita. Jangan lepaskan peluang ini kerana inilah masanya peluang terbentang luas.
Disediakan oleh:
Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)
Sumber FB : @ASWJResearchGroup